Wednesday 3 October 2012

Pengenalan tempat-tempat menarik di Langkawi

Dataran Helang Langkawi



Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Pulau Langkawi. Patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong yang datang ke Langkawi.


Nama Langkawi berasal "Lang" adalah singkatan "helang" manakala "kawi" bermaksud perang merah (coklat) di zaman melayu purba.

Taman Lagenda Langkawi


Taman Lagenda Langkawi ini berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Ia juga terletak bersebelahan taman CHOGM dan Masjid AL-Hana, Taman Lagenda Langkawi dibina untuk menceritakan sejarah-sejarah Langkawi. Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza kunjungilah ke Taman Lagenda Langkawi yang mana 50 ekar adalah khas megenai cerita, sejarah, lagenda, cerita donggeng dan banyak lagi.



 Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik yang dibuat, 17 monumen yang mempunyai cerita tersendiri, pantai buatan manusia serta beberapa buah tempat rehat yang dibuka untuk orang awam. setiap sudut di taman itu dihiasi dengan lanskap yang indah.


Kunjungan anda ke Taman Lagenda Langkawi ini akan membawa anda menerokai sejarah Langkawi.



Pulau Dayang Bunting (Island Hopping)
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6km atau 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi.


Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.


Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian menurun ke bawah - jaraknya 0.8km sahaja. Air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Taman Laut Pulau Payar Langkawi


Pulau Payar Langkawi terkenal sebagai taman laut yang tercantik di Malaysia. Airnya yang jernih membolehkan anda melihat sehingga ke dasar laut. Terdapat dua pilihan iaitu Pantai ataupun Platform.




Jika para pengunjung ingin menyelam ke dasar laut, di pulau Payar Langkawi menyediakan penyelam profesional.



Setiap peralatan lengkap disediakan. Jika anda tidak mahu menyelam, anda masih dapat melihat kehidupan laut dengan memasuki terowong dalam laut. Ia diperbuat daripada kaca. Oleh itu para pengunjung tidak perlu basah untuk melihat kepelbagaian spesies laut.




Cabel Car Langkawi



Cable car Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Cable car Langkawi ini mula dibuka kepada umum pada 27 Febuari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan Cable Car di Switzerland.




Titian gantung cable car Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks cable car Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.


Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.



Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang Langkawi merupakan sebuah akuarium laut yang terbesar di Asia.


Akuarium ini mengandungi 5,000 spesies hidupan laut, ikan air tawar dan ikan laut, serta spesies-spesies lautan yang lain dalam 100 buah akuarium.


Di sini anda boleh melihat ikan jerung, penyu, ikan pari dan sebagainya. Datang dan merasainya sendiri.


Galeri Perdana Langkawi


Idea untuk membina galeri ini adalah khas untuk Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohammad. Galeri yang unik ini dibina untuk dipamerkan kepada semua orang anugerah-anugerah serta hadiah perdana menteri dan isterinya yang mana mereka telah menerima tokoh-tokoh dunia ketika melaksanakan tugas di luar negara.

Ambil masa anda seketika untuk berkunjung ke Galeri Perdana Langkawi.
Dibuka : 10 pagi - 5 petang
Bayaran masuk : Dewasa RM3.00
                          Kanak-kanak bawah 12tahun PERCUMA

Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi


Terletak di kawasan yang strategik di Teluk Yu, Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi dibina untuk mempromosikan kebudayaan negara. Gangsa dan barangan tembaga yang direka dari pelbagai rupa bentuk kebanyakan bermotifkan alam semula jadi. Keunikan bakul, rotan dan mengkuang yang dibuat oleh orang tempatan sangat halus dan seni hasilannya. terdapat juga beberapa barangan yang menggunakan kayu seperti ukiran kayu.

Barangan kraf yang lain seperti ceramik juga turut dijual. Tidak ketinggalan juga batik lukisan tangan dari kain sutera dan juga songket yang dari pelbagai warna. Barangan gangsa juga turut dijual untuk kegunaan majlis-majlis seperti perkahwinan.

Dengan terbinanya Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi maka setiap barangan kraf dari setiap kaum akan kekal dan tidak di makan zaman. Setiap pengunjung yang inginkan memori Langkawi, bawalah pulang barangan kraf yang di jual di Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi.

Langkawi Telaga Tujuh (seven wells)


Langkawi Telaga Tujuh terletak dalam kompartment 8, Hutan Simpan Machinchang, Langkawi. Sungai perangi bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun.


Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh dan untuk sampai di Telaga Pertama pengunjung perlu mendaki 600 anak tangga.




1 comment:

rini said...

Bingung Mencari Situs Yang Tepat & Aman....?
Kini Telah Hadir Dewakiukiu ... Agen Terpercaya & Terbesar Di Asia...
Surganya Para Gamers ada Disini !!!
Kami Menyediakan 7 Jenis Permainan Untuk Anda Semua....
1. Aduq 2. Bandarq 3. Domino 4. Poker 5. Bandarpoker 6. Capsasusun 7. Sakong
Anda Semua Bisa Bermain 7 Permainan Kami Hanya Dalam 1 User ID....
Hanya Minimal Depo 15.000 Rupiah Anda Sudah Bisa Nikmati 7 Game Kami...
Ayok Tingkatin Hobi Anda & Uji Hoki Anda Di Dewakiukiu .....
Kami Mengutamakan Pelayanan, Kecepatan dan Kepuasan kepada member
Anda Jangan Ragu lagi Join Sekarang Juga !!!
Jika Butuh Bantuan Sagera Hubungin Kami Disini :
Liverchat : Dewakiukiunet
Bbm : 33428C8D
Whatsapp : +855962762654